Hari ni otak rasa beku dan tak boleh nak fikir apa yang patut ditulis dalam blog hari ni. Serious writer's block mode. Dulu masa kerja selalu jugak kena writer's block, especially masa nak kena submit report yang deadlinenya like 5 minutes ago :-)
Ni dah tak kerja, writer's block nak update blog pulak. Heheheh...
Camne yer nak overcome writer's block ni? I tanya Mr Google dan dapat jawapan
disini.
1. Jangan tunggu sehingga dapat the perfect words
Kita kena mula menulis tanpa mengharapkan ayat yang ditulis tu perfect. Kita boleh ubah ayat tu untuk jadi lebih baik. But, kena menulis SEKARANG, Jangan Tunggu! Ok, itulah yang I tengah buat sekarang. I just type apa yang ada dalam otak ni. Tak kisahlah dalam Bahasa Melayu atau English, belasah ajer. Sekarang, otak I berfikir dalam English tapi nak kena tulis blog dalam bahasa Melayu. Pening.. dah jadi macam rojak mamak.. tapi sedapkan rojak.. opss dah melalut.
2. Cuba cakap dengan diri sendiri kuat-kuat (out loud)
Kalau update blog dirumah memang selalu buat macam ni. Yerlah duduk rumah sengsorang, cakap dengan diri sendirila gamaknyer. Tapi, kalau update blog di luar macam di cafe, janganlah kuat sangat nanti orang ingat gila pulak. Gaya penulisan tu mungkin akan mimik cara kita bercakap tapi back to point no. 1, ayat tu boleh diubah kemudian.
3. Tulis poin-poin penting di atas kertas semasa menulis
Kadang-kadang, kita ada banyak sangat benda nak cakap tapi type tak laju, so apa kita kita tulis poin tu atas kertas dan boleh rujuk bile terlupa.
4. Offkan sambungan internet (go-offline)
Selalunya, I akan distracted dengan notification email atau Facebook. Lepas tu, gatal nak gi blogwalking la pulak. Sudahnya, blog sendiri tak berupdate. Lagi satu, I memang slalu check phone, kejap check IG then WhatsApp. Tengok jam dah pukul 4 petang, bilenyer nak menulis, kejap lagi hubby nak balik ni.... Hahahahah...
So, I cuba tulis post ni offline dalam Words, lepas tu copy & paste dalam blog. Lembap jugak menulis, but at least lebih fokus. Phone pon silent letak jauh dalam bilik.
5. Tetapkan deadline untuk habiskan menulis
Ha, yang ni paling terbaik. I paksa diri cuba habiskan menulis dalam masa 1 jam. So, apa yang I sempat tulis dalam masa 1 jam ni, itulah yang korang tengah baca sekarang. Boleh tahan tak? Yang ni I rasa cara paling praktikal untuk paksa diri menulis walaupon tak tau nak tulis apa.
6. Jangan hadkan diri dengan menulis cara tradisional
Cara tradisional tu maksudnya mula dengan pendahuluan, lepas tu isi then penutup. Ha, macam buat karangan masa zaman sekolah dulu. Cara macam tu boleh menyekat kreativiti dan bile tak boleh nak tulis pendahuluan, isinya lagilah kan. So, cuba start dengan isi then baru tulis pendahuluan. Pendahuluan satu ayat pon takpe...
Akhirnya, siap pon satu blog post, yeay kudos to me!
~XOXO~