Friday 28 August 2015

Cara hias kek yang AWESOME! (Youtube Video)

I baru berminat dengan baking ni 3 tahun lepas. Kira baru lagila kan, just amateur baker. Memang selalu crawl Youtube untuk cari idea nak buat dessert yang senang dan sedap. Dan ni I ada jumpa video tutorial step-by-step cara nak menghias kek jadi cam ala-ala-bakul gitu. Yang uniknya, chef ni guna bubble wrap untuk buat bakul tu. Kreatif sangat!

Nanti bila dah ada oven baru, nak start balik bisnes baking ni. Sekarang just chillax dan cari idea baru. So if siapa-siapa yang nak cuba buat, cube tengok video ni yer....


~XOXO~

Thursday 27 August 2015

Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com



Sempena bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, Mia nak buat Giveaway Merdeka 2015 yang simple. Hadiahnya berupa 18 Fridge Magnet Ringgit Malaysia. Ole-ole dari Kelantan.


Tanggal 31 Ogos 1957. Merdeka!! Merdeka!!

Jom join giveaway ini... syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Merdeka 2015 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 31 Ogos 2015.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan akan diumumkan pada 3 September 2015.

nak join giveaway ini, sila klik pada banner..

Hot Star Large Fried Chicken @ The Shore Melaka



Nampak kedai ni, Hot-Star, masa jalan-jalan di The Shore, Melaka. Tertanya-tanya jugak makanan apa yang dijual disini. Takkan jual ayam goreng jer dan besar mana pulak ayam goreng dia. So I try la beli satu. Nak buat pilihan pon lama jugak. Tanya adik yang jaga kaunter tu, dan dia recommend Black Pepper Chicken. Oklah, black pepper pon bolehla.  


Macam kedai fast food yang lain, order dan bayar, dah siap nanti dia panggil. Takde orang pon dalam kedai tu so agak-agak tak payah tunggu lama la kot.


Sambil-sambil tunggu ayam siap, ambil-ambil gambar dulu. Dia ada combo set jugak, tapi I ambil ala-carte saje, nak cuba dulu. Kalau sedap, baru boleh datang lagi. I tak makan situ, tapi takeaway sebab nak tengok cerita Kdrama sambil makan ayam goreng. Nak cerita sikit perisa ayam yang available kat Hot-Star ni, ada BBQ, garlic, seaweed dan tomyam pon ada. 


I rasa kedai Hot-Star fried chicken ni macam Taiwan Shihlin Street Snack (TSSS) yang ada dekat Aeon Mall tu. 


My verdict: Ayam goreng dia memang besar, besar dari tapak tangan. Tapi sayangnya tak cukup crispy. Rasa black pepper dia memang dah sedap tapi mungkin kena up-kan level spiciness dia. Kalau compare dengan Taiwan Shihlin Street Snack, ayam TSSS lagi crispy dan spicy even bila dah sampai rumah. Plus Hot-Star tak potong ayam dia for takeway, so as you can see, ayam goreng tu terkeluar dari sampul dia. Not very hygienic and practical takeaway method. Mungkin I kena try ayam goreng yang lain kot. Kalau ada kesempatan lagi, maybe I akan try again. 

Wednesday 26 August 2015

Ee Ji Ban Chicken Rice Ball Halal @ Melaka Raya


chicken rice ball halal

Teringin nak makan chicken rice ball kat Melaka tapi tak sure yang mana halal. Hari tu ada nampak satu kedai di Jonker Walk, orang beratur panjang tapi semua orang Cina, so was-was la nak masuk. Tanya En. Google, rupanya ada satu jer kedai Chicken rice ball yang halal kat Melaka ni, Ee Ji Ban di Melaka Raya. Senang ajer nak cari kedai ni sebab ade banner besar dekat luar kedai. Kalau tengok nama kedai jer mesti was-was nak masuk tapi marketing dia power letak banner ada muka orang Melayu. I datang awal dalam pukul 12.30 tengahhari hari minggu so parking memang no problem.  Tapi jangan lupa letak kupon parking walaupon hari minggu. Yelah, takutlah tiket inspector rajin nak round saman kereta kan. 

chicken rice ball halal
Yang ni banner di tepi kedai pulak, so you won't missed it! 

chicken rice ball halal melaka

Dalam kedai ni banyak newspaper clippings pasal kedai ni. Gambar-gambar artis/selebriti yang pernah datang makan dekat sini pon ada.  Newspaper artikel ni yang paling kelakar 'Round and tasty' hehehe... 

chicken rice ball halal melaka

Don't play-play ha.... Sapela budak nakal yang main cutleries sampai kena ada sign ni. Baru ingat nak main pedang-pedang dengan hubby :-) Service sangat cepat, tak sampai 10 minit pon makanan dah sampai.

chicken rice ball halal melaka

Yang ni dua portion ayam, satu steamed dan satu lagi roasted. Satu portion RM4.50 so satu pinggan I ni RM9.00. Tak banyak tapi cukupla nak makan. Next time nak ambil 1/2 chicken pulak. Dua-dua jenis ayam sedap, memang lagi sedap dari The chicken rice shop. Daging ayam dia lembut je tak keras walaupon roasted. Kalau nak pedas, boleh tambah cili tapi cili dia x pedas sangat pon.

chicken rice ball halal melaka

First timekan makan dekat sini so tak sure nak order berapa biji chicken rice ball tu. Waitress cakap 10 cukup untuk 2 orang. So, I order sepuluh biji chicken rice ball ni. Bila nasi sampai, kami gelak jer sebab ni memang sah la tak cukup. tapi sebab malas nak tambah kami makan jer apa yang ade. Saiz die kecik cam bola golf so kalau tengah lapar tu orderla 8-10 biji seorang. Jeling-jeling meja sebelah, ada juga orang order nasi ayam sepinggan, tapi I tak nampak pon dalam menu. Haish, kena belajar lagi macam mana nak order. Sup pon I tak order sebab ingat datang sama dengan nasi but not.

chicken rice ball halal melaka

Yang ni kangkung masak belacan, hubby order sebab nak rasa. Ok jugak kangkung masak belacan ni,  memang recommended sebab belacan dia tak overpower rasa kangkung, just nice.

chicken rice ball halal melaka

Total makan lunch just RM20 jer untuk dua orang. Yang energy water tu sebenarnya air suam. Mahal jugak sayur kangkung tu, nasib baik sedap. Memang akan datang lagi kalau terasa nak makan nasi ayam. Tapi kedai ni tutup awal, pukul 8 malam so tapaula kalau nak makan untuk dinner.


Lokasi restoran:
Ee Ji Ban Chicken Rice Ball
275, Jalan Melaka Raya 3, 
Taman Melaka Raya, 
75000 Melaka, Malaysia

Monday 24 August 2015

Sukiya Gyudon @ Aeon Mall Melaka


So what's for dinner today? Itulah satu-satunyer soalan yang paling malas nak jawab sebab malas nak fikir. Masak sendiri memang tak la sebab dapur pon takde lagi dekat rumah baru ni. Kena tunggu gaji masuk baru boleh pergi shopping dapur. So, pergi Aeon Mall and tengok-tengok tempat mana untuk makan hari ni. Pusing-pusing nampak restoren makanan Jepun nama dia Sukiya, just opposite dengan Coffee Bean. Restoren ni specialty die gyudon (nasi dengan daging), lain-lain donburi dan japanese curry. Menu yang baru ni ada ramen. Hmmm nampak cam menarik so ape lagi m

Konsep restoren macam fast food, order pastu bayar terus di kaunter. Dah siap nanti dia hantar ke meja. I order ramen ayam dan hubby order gyudon dan kari.

Ni menu dia, simple ajer. 


gyudon & japanese curry sukiyachicken ramen sukiya




















Ramen ayam dia ok-ok jer tapi portion ayam dia memang banyak sebab I ambil double chicken. Tamakkan?? hehehe.. Tapi portion nasi dia macam tak cukup untuk hubby..cian die. Susah la orang suka makan nasi ni kan, kena ambil nasi tambah baru puas. Tak pernah rasa gyudon di Jepun sebab tak jumpa yang halal tapi sedap jugakla nasi daging dia ni. Tapi I rasa nasi daging Utara lagi sedap , eh eh sampai ke Utara la pulak. Japanese curry dia sedap macam yang I buat masa di London dulu. Ceh, puji diri sendiri pulak. I guna Japanese curry paste yang banyak dijual di Asian market so memang sedapla kan.

S&B japanese curry
Ni rupa pes kari yang I guna masa di London

sukiya melaka
Sampel makanan yang ada di Sukiya

Sijil halal Sukiya
Sijil halal Sukiya 
sukiya melaka
hiasan kedai





















Restoren ni asal dia dari Yokohama, Jepun dan ada banyak outlet di Jepun, Singapore dan Brazil. Femes juga restoren ni sebenarnyer kan.  Ha, kalau ada yang terasa was-was samada kedai ni halal ke tidak, tu dia sijil Halal yang ada di kedai tu. 

Boleh singgah lagi tempat ni lain kali kalau teringin nak makan gyudon.

Wednesday 19 August 2015

Seri Lagenda Meal - Kenny Rogers Roasters

Macam biasa lepas ambil husband dari tempat kerja, pergi jalan-jalan cari makan untuk dinner. Hari ni teringin nak makan Kenny Rogers pulak sebab nampak poster Chicken price fall RM1 dekat tepi jalan. So, kami pergi Kenny Rogers outlet yang dekat Mahkota Parade. Tak ramai orang lagi sebab baru pukul 6.30 petang. Belek-belek menu nak cari la ayam RM1 tu, takde pulak. Tanye adik waitress tu, dia explain la yang kena beli ayam seekor then baru dapat seekor lagi RM 1. Errr, makan berdua jer tapi nak beli ayam dua ekor, memang takla kan. Lepas tu nampak offer 40% untuk Seri Lagenda meal, tapi lagi sekali hampa sebab kena jadi ahli KRR dulu. Tapi sebab Seri Lagenda meal ni nampak menarik, kami order dua set, satu dengan mushroom soup dan satu lagi ada salad. Patutnya, meal ni datang dengan mufin pandan tapi sayangnya takde pulak, so kami ambil vanila dan pisang.

Sambil-sambil tunggu makanan sampai, kami bincang hal-hal negara hahahahha... yerlah tu..sekejap jer tunggu, mufin pon sampai. Uish, mufin vanila panas-panas ni memang sedap. Serius tak tipu! Rasa macam nak order lagi tapi nanti ayam tak makan pulak kan. Buat mental note, nak tapau mufin bawak balik.

Ok, makanan dah sampai mari kita rasa. Seri Lagenda meal ni datang dengan nasi tomato. Sedap jugak nasi dia tapi the star of the show ialah ayam dengan kuah kacang ni. Fuh! sedap giler! Selalu makan ayam Kenny Rogers ni dengan black pepper sauce, dah muak. Yang ni lain dari yang lain. Sampai licin la pinggan makan. 

Kenny Rogers Set Lagenda
Set Lagenda dengan mushroom soup
Kenny Rogers Set Lagenda
Set Lagenda dengan salad
Makanan semua ok, yang kurang ialah harga dia, agak mahal juga. Satu set Lagenda meal dalam RM25++ (GST & service charge) tapi dapat nasi dan salad yang sikit ajer. Kalau amik set ayam biasa      RM20++ boleh amik 2 portion nasi & satu portion salad. Nasi tomato dia macam satu portion jer, kesian kat hubby mesti lapar lagi. Takpe, at least dah rasa sekalikan... memang sedap.

Kenny Rogers Mahkota Parade
Hahaha.. muka tak happy sebab nampak sikit  :)
Sebab ada orang lapar lagi lepas makan Kenny Rogers tu, kami singgahla ke Nadeje beli mille crepe cake untuk dessert. Kali ni ambil perisa original pulak and macam biasa memang sangat sedapla kek dia.. macam nak makan hari-hari jer.

~XOXO~


Sunday 16 August 2015

Nadeje Mille Crepe Cake, Melaka

Semalam pergi makan lunch di Mahkota Parade di bandar Melaka dengan hubby. Dah lepas makan lunch tu, terasa macam nak makan dessert pulak. Nak makan kek di Secret recipe macam dah boring sebab rasenyer semua pon dah pernah rasa. Last time, I ada terbaca pasal cafe yang jual kek Mille Crepe yang famous di Melaka ni. Kebetulan pulak cafe ni ada dekat Mahkota Parade. Tapi tak nampak pulak masa jalan-jalan tu. I tanya dengan orang-orang kat situ dekat mana actually cafe tu. Oh, sebelah KFC rupenyer cafe ni. Susah betul nak cari!

Nadeje Cafe Mahkota Parade Melaka

Ada dua line depan kedai, satu untuk yang dine-in and satu lagi untuk takeaway. Jenguk-jenguk dalam kedai nampak macam penuh so I tapau jer la. Nasib baik queue tak panjang sangat. Ada banyak pilihan kek tapi semuanya mille crepe la kan. I pilih dua perisa, Royal Milk Tea dan Green Tea. Harga sepotong kek agak mahal juga, RM12.60/sepotong. I hope rasa dia setanding dengan harga dia. Bila nak pilih kek tu hati-hati sikit yer. Ada setengah perisa yang ditambah alkohol. Tapi jangan risau, ada dekat label kek samada kek tu ada alkohol atau tidak.

Nadeje Cafe Mahkota Parade Melaka menu

Bila dah sampai rumah, buka kotak kek nampak ade satu ice pack diletak bersama. Wow! bagus sebab kalau takde ice pack tu memang dah cair kek tu. First, I rasa kek Green Tea and wow! sedap giler!!!  Krim green tea didalam kek tu sangat sedap, tak manis sangat. Rasa green tea pon tak kuat sangat sampai pahit, just nice ajer.  Kek tu sendiri sangat lembut. Makan sekejap jer dah hilang. 

Lepas tu I rasa kek Royal Milk Tea pulak, main order jer tadikan. But not bad la rasa dia, ala-ala teh tarik gitu.

Nadeje Cafe Mahkota Parade Melaka
Atas: Green Tea Cake Bawah:Royal Milk Tea Cake
Hubby pon sangat suka kek crepe ni, next time nak rasa perisa yang lain pulak. Cafe ni ade 6 outlets, tiga in Melaka dan tiga in Selangor. Nak tau detail, silalah rujuk website Nadeje Cake Shop diorg ni.

~XOXO~

Review De One Fitness Gym di Ayer Keroh, Melaka

I tengah cuba-cuba baju nak pakai ke majlis raya bile tetibe pulak rase macam kain kurung dah tak muat. Eh, bile masa pulak baju ni mengecil?? Rase macam pakai sekali jer raya tahun ni. Aik, sebulan beraya dah naik berat pulak. Dah lame naik berat ni sebenarnye tapi I butakan mata ajer. Nak sedapkan hati, I cakap nampak sexy bukannya gemuk. Hahahaha..

Masa check email dapat notification Groupon untuk trial gym di Melaka untuk sebulan. Tak fikir lame-lame dah terus tekan butang Buy tu. Harga dia dalam RM48 dan dapat free access ke gym dan classes macam yoga dan aerobik. 

So, hari tu pergi la cari gym ni, main beli aje tak research pon dekat mana. Tapi Wazekan ade so no worries. Pusing-pusing jugakla mencari tempat ni sebab tak biasa lagi dengan area Melaka. But at last jumpa juga. Gym ni dekat area Taman Muzaffar Heights, kawasan perumahan baru. Besar-besar jugak rumah-rumah dekat sini. Landmark yang dekat dengan gym ni ialah bangunan IPK Melaka. 

First impression dari luar, nampak ok tak takut sangat nak masuk macam gym-gym yang lain. Bukan apa I takut sikit dengan abang-abang yang datang gym nak angkat berat ni. Don't ask me why, memang tak tau kenapa. Registration dia mudah ajer, cuma bagi IC dan contact number, oh dan Groupon sekali. Lepas tu, dah boleh lah guna kemudahan-kemudahan gym tu. 

Tingkat bawah sekali ada equipments untuk yang nak angkat berat so I terus pergi ke tingkat satu. Tingkat satu ialah area untuk cardio so ada treadmill, elliptical trainer, stationary bikes dan banyak lagi. Ada banyak equipments so tak payah nak berebut or kena tunggu lama nak naik treadmill macam kat fitness centre di KL. Orang pon tak ramai sebab I datang during working hours so orang semua dah pergi kerja. Changing room untuk lelaki dekat tingkat satu dan changing room untuk perempuan di tingkat 2. So jangan salah masuk ok. Selain changing room, gym ni ada sauna dan showers jadi kalau nak mandi dulu before balik boleh la kan. Ada locker untuk simpan barang tapi kena bawak mangga (lock) sendiri.

Harapnye rajin la I nak pergi gym lepas ni. Kena kurus cepat ni, kalau tak nanti semua baju pon tak muat.

~XOXO~