Monday 7 September 2015

Balik kampung di KL :-)

Weekend hari tu balik KL, jenguk-jenguk mak ayah di kampung. Eh! terbalik dah ni.. Selalu orang KL balik kampung means dia balik Melaka, Johor etc... tapi I terbalik :-)

Balik rumah sebab rindu masakan mak dan nak lawat my new nephew yang baru saja lahir sebulan lalu. Hari-hari kat Melaka ni makan dekat luar tak masak so dah boring. I rasa kalau dapat makan nasi panas, telur goreng, kicap dan sambal ikan bilis dah cukup heaven. Hari-hari makan kat restoren tak bagus untuk kesihatan. Tak tau dia guna MSG tak, guna minyak banyak ker etc. Sebab tulah makin comel dan montel badan I ni. Nak masak tak boleh, yerlah kat hotel ni mane nak masakkan? Doa-doa cepat la dapat rumah kuarters ni, senang sikit.

So, semalam mama masak rendang ayam, nasi minyak, acar nenas and my favourite kueytiaw goreng   untuk lunch. Mak masak mestila sedapkan! Sedey jer bile nak balik Melaka sebab terfikirkan apa la nak makan dekat Melaka nanti.

Ha.. yang ni my cute nephew yang baru sebulan, leher pon lembik lagi. I tak berani pegang newborn, tambah-tambah anak orang. Karang jatuh susah plak. Lagi satu tangan kita ni tak tau dah pegang kat mana, nak pegang newborn takut jugak. Nanti takut penyakit lain pulak yang datang. Lain kali kena bawak hand sanitizer :-) I memang jaga benda-benda macam ni. Walaupun I tak pernah ada baby, but I think it's important kita jaga benda-benda macam ni bile lawat newborn baby. Nanti baby sakit mak bapak dia yang susah, sian baby jugak.

Semalam bile drive balik di PLUS highway, I baru perasan jerebu makin teruk. Visibility sangat rendah, tak nampak clear dekat depan. Bila sampai Melaka lagila, rasa macam hidu asap je. Nasib baik I takde asma or any respiratory problem. 
jerebu melaka 2015
View from my place :-)

Ok dah habis conteng-conteng blog ni dengan my bebelan, till next time.. ~XOXO~

10 comments:

  1. Sama jugak dengan ai.. kampung di PJ je.. hehehe..
    Minggu lepas gagah lagi walau dah mula rasa perit tekak, tapi kelmarin dapat akhirnya.. batuk dan selesema.. la ni di office.. bertahanlah.. jerebu penyumbang utama kali ni.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai.. kesiannyer.. take care ok.. & minum banyak air :-)

      Delete
  2. Replies
    1. yes betul! utamakan kesihatan.. tq singgah sini :-)

      Delete
  3. So cute! You're right. I too have a phobia of handling newborns. Yes, the haze is becoming bad to worse. A never ending dilemma that we face year after year. Thank's to our neighbours.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank God, it rained yesterday and today as well. Hopefully, the haze will cleared out soon..

      Delete
  4. alahai. comel sangat baby. memang nampak leher pun x kuat lagi. hehehhe..

    jerebut makin teruklah. sian kat budak2 dengan orang sakit. kita yg sihat ni syukur masih x kena apa kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe comelkan? cewah.. bangga walaupon bukan baby sendiri..
      hari ni jerebu dah ok

      Delete
  5. saya pun tak berani nak pegang baby baru lahir.. melainkan kalau dibedung tebal2.. ada la rasa confident sikit.. hehehehee... :)

    *sakit tekak, batuk dan selsema sejak Jumaat lepas... memang terseksa jiwa tengok jerebu... :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesiannyer.. so skang dah ok? hari ni jerebu dah clear so insya allah back to normal soon.. panas!

      Delete