Friday 4 September 2015

Row Six Restaurant, Aeon Mall Melaka

I dah lama nampak restoren ni masa gi shopping-shopping kat Aeon Mall, tapi tak pernah tergerak hati nak try masuk. Mungkin sebab nama restoren ni macam pelik sikit heheheh... Row Six

So, hari tu terlebih adventurous, me dan hubby nak try makan dekat Row Six. Sebelum masuk, kami tanya dulu, halal ke tak kedai ni dik? Oh, halal jawabnya. Tapi I tak nampak any signage or certificate halal dekat depan kedai, maybe I yang terlepas pandang. Tapi adik waitress tu cakap halal, so oklah kot :-) Nampak ada orang Melayu makan, so confident sikit nak masuk. 

Konsep restoren ialah South East Asia food, so mostly makanan dari Thailand, Vietnam, Singapore, Indonesia & of course Malaysia. So, kalau hubby nak makan Indonesian food, and I nak makan Thai food, restoren ni memang sesuai for us. 

I pilih nak makan Beef Kuey Tiaw dan hubby nak makan Green Thai Curry. Isi order form sendiri and panggil adik waitress dengan tekan butang bell yang ada atas meja. Senang kan? Tak payah jerit-jerit nak panggil adik waitress tu datang ke meja :-)

Nampak macam penuh restoren tu, so maybe bagusla kot makanan dekat sini. Hubbynyer food sampai dulu, Green Thai Curry dengan nasi plus sate on the side. Kitorang punye ritual makan, kena tunggu semua makanan sampai baru makan sekali :-) 
Green Thai Curry Row Six

Tapi tunggu punya tunggu, tak sampai lagi makanan I. Yang bagusnya, waitresses kat situ very attentive. Dia tengok makanan I tak sampai lagi dia yang pergi check, datang ke meja dan assured me yang makanan tengah di masak. Kurang hangin sikit la kan.
Row Six Melaka
Hrmm.. mane makanan I ni tak sampai-sampai lagi
Beef flat noodle row six melaka
Yeay, makanan dah sampai!
My verdict:
- Sate & kuah kacang dia memang terbaik! Tak sure boleh order ala-carte ke tak, tapi kalau boleh memang nak tapau bawak balik
- Hubby cakap Green Thai curry dia sedap, but portion nasi sikit. Ish, susah betul orang yang suka makan nasi ni.
- My beef kuey tiaw hrmmm ok la not that bad. Tak boleh lawan Madam Kwan KLCC lagi

mango cream row six melaka
Makanan sume ok, tapi highlight of the meal ialah Mango Cream die, punyela sedap! Seriously, must try! It is an ice blended mango tapi ada tambah cream and mango on top. Boleh nampak mango dia berenang-renang di dalam cream tu :-)
mango cream row six melaka

Till next time....
~XOXO~

12 comments:

  1. sedapnyaaa !
    jalan jalan sambil follow sini . salam jumaat :)

    ReplyDelete
  2. mak aih, sedap gilerrr..terliurrrrrr...dah la tengah lapaq nih...hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhe nampak best.. rase die pon best jugak :-)

      Delete
  3. Paling menikam ke jantung, mango cream tu. Alahai. Seksi pulak air tu. Sedapnya.
    Done follow #20 =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kalau datang melaka.. meh rase :-) tp maybe tempat lain pon ade gak kot hehehe

      Delete
  4. Singgah petang...mcm sedapnya..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.my

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. wow..!! dah lama sangat teringin nak rasa Green Thai Curry.. selalu dengar orang sebut2.. beza sangat ke dengan kari biasa..? hehehehehe... :)

    tapi manggo cream tu alahaaaiiii tersangat lah menggoda.. nak pergi melaka tak tahu bila.. nak try buat sendiri lah kat rumah... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa cuba try cari resepi dekat google.. mesti ade kan..
      i tak suke sangat green thai curry, rase lain dr kari.. :-) hubby jer yg suke

      Delete